TERJEMAHAN DOA ZIARAH RAYA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad, Rasul yang mulia dan atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian.
Ya Allah, Tuhan yang merubah seluruh keadaan, Tuhan yang Maha Mulia dan Maha Tinggi, dengan kemurahan dan kemuliaan Engkau, ubahkanlah segala keadaan kami kepada keadaan yang lebih baik dan berkatilah kami serta sekalian kaum muslimin dengan keberkatan bulan syawal.
Ya Allah, Tuhan sebaik-baik tempat memohon perkenanlah doa kami, ulangilah bulan ini (Syawal), musim ke musim dan tahun ke tahun, dan berkatilah kehidupan sahabat kami tuan rumah ini ……………………… Bin/binti …………………………(serta ahlinya) Dan lanjutkanlah usianya serta dengan iman dan kurniakanlah untuknya rezeki yang halal dan jauhilah yang haram, dengan rahmatmu, ya Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Allah cucurkan rahmat dan salam ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas kaum keluaraga serta sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam
Ingatan:
Kariah Masjid Sg. Chinchin
Sempena Sambutan Eidil Fitri 1432H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan